Percutian di Ibiza, Teman Wanita Ronaldo Jadi Tumpuan

Diterbitkan: Jumaat, 7 Julai 2017 8:38 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo dikesan bercuti bersama keluarga buat pertama kalinya selepas menyambut kelahiran bayi kembarnya.

Bapa kepada tiga orang anak itu memuat naik gambar bersama anak sulungnya, Cristiano Ronaldo Jr bersama bayi kembarnya yang lahir menerusi kaedah ibu tumpang di Amerika Syarikat dengan kapsyen 'dirahmati' di Instagram.

Ronaldo turut diiringi ibunya, Maria Dolores dan kekasihnya, Georgina Rodriguez ketika mereka tiba di Ibiza.

Namun tumpuan lebih terarah kepada raut wajah Rodriguez yang memakai kaca mata gelap.


Menurut laporan di Sepanyol, Rodriguez didakwa kurang senang dengan cara Ronaldo mendapatkan bayi kembar tersebut.

Susulan itu, dia jarang dilihat di khalayak ramai sejak akhir-akhir ini.

Namun, punca sebenar Rodriguez jarang muncul kerana disebabkan dia mengalami kudis di wajahnya.

Malah model berusia 22 tahun itu dilaporkan sedang hamil lima bulan, hasil hubungannya bersama Ronaldo.

Pasangan itu akan menyambut bayi perempuan yang bakal lahir pada hujung Oktober ini.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan