PKNS FC Rehatkan Elavarasan

Diterbitkan: Jumaat, 7 Julai 2017 7:05 AM

E. Elavarasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Liga Super, PKNS FC mengambil langkah drastik dengan merehatkan serta merta Ketua Jurulatih, E. Elavarasan susulan prestasi hambar yang ditampilkan skuad Semut Merah dalam saingan Liga Malaysia, ketika ini.

Unit Media PKNS FC dalam satu kenyataan memaklumkan tugas Elavarasan akan dipangku sementara oleh penolong jurulatih, Adam Abdullah sehingga pengurusan pasukan mengenal pasti calon pengganti yang sesuai.

"Keputusan ini dibuat bagi memastikan skuad PKNS FC dapat kembali bersaing dan keluar dari zon penyingkiran ke Liga Perdana, seterusnya kekal di Liga Super pada musim 2018,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyatakan PKNS FC menyasarkan untuk layak sekurang-kurangnya ke peringkat  suku  akhir Piala Malaysia yang sedang berlangsung ketika ini.

Elavarasan, 52 dilantik sebagai Ketua Jurulatih PKNS FC pada 2015 dan berjaya membawa skuad  Semut Merah kembali beraksi dalam saingan Liga Super musim ini setelah menduduki tangga kedua Liga Perdana pada 2016.

PKNS FC kini menduduki tangga kesembilan daripada 12 pasukan dalam saingan Liga Super dengan kutipan 11 mata selepas beraksi 12 perlawanan setakat ini.

Tags / Kata Kunci: PKNS FC , E. Elavarasan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan