Penjaga Gol Wolves Hidap Leukemia Akut

Diterbitkan: Jumaat, 7 Julai 2017 12:06 PM

(Ubah saiz teks)

BERITA sedih buat peminat-peminat bola sepak Inggeris apabila Carl Ikeme didiagnosis mengidap penyakit Leukemia Akut.

Penjaga gol Wolverhampton Wanderers itu mengetahui penyakit tersebut berada dalam badannya selepas mendapati ujian darah yang dijalankan ketika pra musim kelihatan tidak normal.

Ikeme,31, bakal menjalani rawatan kimoterapi serta-merta.

"Semua di Wolves terkejut dengan berita sedih ini.

"Dalam masa sama kami sedar Carl merupakan seorang pejuang dan saya sendiri tidak sangsi dia akan terus melawan penyakitnya itu.

"Tidak dinafikan akan berdepan dengan tempoh sukar, tetapi dia pasti menerima rawatan terbaik, bantuan sokongan daripada pasukan perubatan kelab dalam tempoh rawatan yang panjang ini," jelas Pengarah Urusan Wolves, Laurie Dalrymple.

Ikeme merupakan pemain antarabangsa Nigeria mula menyertai Wolves pada tahun 2003 dan telah membuat 200 penampilan bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris itu.

Tags / Kata Kunci: Carl Ikeme , Leukimia Akut

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan