United Lepaskan Rooney Percuma Ke Everton

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 7:54 PM

(Ubah saiz teks)

WAYNE Rooney kembali ke Everton selepas 13 tahun meninggalkan Goodison Park.

Menurut laporan Sportsmail, Manchester United bersedia tidak meletak sebarang harga untuk memudahkan Rooney meninggalkan Old Trafford.

The Toffees dilaporkan bersedia membayar 10 juta pound bagi mendapatkan kapten United itu dan menawarkan gaji 150,000 pound seminggu kepada Rooney.

Ejen Paul Stretford dilihat berada di luar pejabat Pengerusi Everton Bill Kenwright pada Rabu.

Pada 12 Mei lalu, United telah memancing Everton menggunakan Rooney bagi mendapatkan penyerang Romelu Lukaku.

Dan pada Khamis, Lukaku secara rasminya telah menjadi pemain United dengan perpindahan bernilai 75 juta pound.

Untuk rekod, Rooney masih mempunyai baki kontrak selama setahun bersama United.

Berita perpindahan Rooney ke Everton bukanlah mengejutkan kerana pada Mac lalu dia dilaporkan telah berbincang dengan kelab lamanya itu selepas tidak lagi menjadi pemain utama barisan kendalian Jose Mourinho.

Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney , Everton

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan