Rasmi, Real Madrid Beli Pemain Pertama

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 7:18 AM

Theo Hernandez

(Ubah saiz teks)

KEMPEN La Liga diteruskan dengan Real Madrid secara rasmi berjaya mendapatkan pemain pertama mereka musim panas ini.

Real kini bersedia menyambut kedatangan Theo Hernandez dari kelab pesaing mereka, Atletico Madrid.

Hernandez, yang pada musim lalu berjaya menonjol apabila dipinjamkan ke Deportivo Alaves, dibeli Madrid dengan nilai sekitar €26 juta, lapor Marca.

Bek kiri berusia 19 tahun itu mengikat kontrak sehingga 2023.

Adik kepada Lucas Hernandez ini didakwa telah menolak untuk melanjutkan kontraknya di Atletico dan juga menolak tawaran dari beberapa kelab demi Real.

"Real Madrid dan Atletico Madrid telah mencapai kesepakatan perpindahan untuk Theo Hernandez, yang akan mengikat kontrak selama enam tahun akan datang," demikian kenyataan rasmi dari Real, Rabu.

Hernandez belum pernah bermain dalam perlawanan utama bersama Atletico walau sudah bergabung di akademi kelab sejak usianya 11 tahun.

Sepanjang musim lalu, namanya menjadi sebutan setelah sering tampil bersama Alaves, termasuk membantu mereka ke final Copa del Rey walaupun kalah kepada Barcelona.

Pemain ini akan diperkenalkan kepada warga Santiago Bernabeu pada Isnin, selepas menjalani ujian kesihatan.

Hernandez mengikut jejak pemain Atletico lain yang berhijrah ke Real, seperti Juanito, Hugo Sanchez, Santiago Solari dan yang paling terkenal Raul Gonzalez.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Theo Hernandez

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan