Pemain Kegemaran Guardiola Ada Di United

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 7:47 AM

Pep Guardiola

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester City Pep Guardiola mengaku bahawa Paul Scholes yang pernah bermain dengan Manchester United merupakan pemain idolanya.

Scholes adalah salah seorang pemain terbaik yang pernah dimiliki oleh United dan juga pasukan kebangsaan England. Sepanjang kariernya, dia hanya bermain untuk United sahaja.

Scholes dikenali sebagai pemain yang bijak mengumpan dan menjaringkan gol khususnya dari jarak jauh.

Guardiola tanpa berselindung telah menyatakan kekagumannya terhadap Scholes.

Walaupun kini berstatus pengurus, dia tanpa ragu-ragu menyebut pemain itu sebagai salah seorang pemain idolanya.

“Ya, Paul Scholes. Pemain kegemaran saya,” jawab Guardiola ketika ditanya jika diberi pilihan, siapa pemain kegemarannya di United yang mahu dibimbingnya, memetik Manchester Evening News.

Sebelum itu, pengurus dari Sepanyol itu telah ditanya tentang siapakah pemain dari skuad United masa kini yang ingin dibawa ke City. Tetapi, Guardiola menolak untuk menjawabnya, sebaliknya menyebut tentang Scholes.

Guardiola sebenarnya memang sudah lama mengagumi Scholes. Dia pernah memuji Scholes menjelang final Liga Juara-Juara 2011.

"Daripada semua pemain di Manchester United, saya akan memilih Scholes. Dia adalah pemain tengah terbaik dari generasinya," kata Guardiola.

Tags / Kata Kunci: Pep Guardiola , Paul Scholes

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan