Pahang Enggan Lepas Pemain Sertai B-22

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 3:32 PM

Kapten Pahang, Davies

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Pahang (PFA) mengikut jejak sama seperti Pulau Pinang untuk tidak melepaskan pemain mudanya menyertai latihan pusat bersama skuad Harimau Malaya Bawah 22 Tahun (B-22) menjelang aksi persahabatan menentang skuad Myanmar B-22 pada 13 Julai ini.

Keputusan itu sekali gus akan memeningkan lagi jurulatih skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee yang mahu melakukan persiapan rapi menjelang aksi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 bermula 19 hingga 23 Julai ini.

Menurut sumber yang rapat dengan Persatuan Bola Sepak Pahang (PFA), pihak pengurusan akan kekal dengan keputusan tidak melepaskan dua pemainnya bagi menyertai skuad B-22 kebangsaan.

"Dua pemain tersebut iaitu Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih adalah pemain utama kami. Perlawanan Liga Malaysia masih banyak dalam tempoh itu, dan cuba bayangkan tujuh perlawanan tanpa kedua-dua pemain ini.

"Keputusan mungkin berbeza jika FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) memberi pelepasan kepada pemain untuk kembali ke pasukan negeri jika ada perlawanan. Namun, ia tidak mungkin berlaku," jelas sumber PFA kepada mStar Online.

Jelas sumber itu lagi, isu yang timbul sekarang bukan hanya berlaku bagi pasukan Pahang, sebaliknya semua pemain negeri yang terlibat.

"Saya yakin situasi ini bukan sahaja kami, sebaliknya negeri-negeri lain pun ada perasaan ini. Lagi pun pada pandangan saya, tidak salah kami menolak kerana ia bukannya tercatat dalam kalendar Fifa (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

"Bukan menidakkan tanggungjawab kepada negara, tetapi stuasi ini tidak memberi kesan yang baik kepada pasukan negeri. Sepatutnya kedua-dua pihak beroleh 'win-win situation'," tambahnya.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang menegaskan pihaknya tidak akan melepaskan tiga pemainnya menyertai skuad negara bagi aksi persahabatan itu atas sebab yang hampir sama.

ARTIKEL BERKAITAN: B-22: Harimau Kumbang Takkan Lepas Tiga Pemain

Isu pelepasan pemain ini timbul selepas hanya enam pemain negeri sahaja daripada 20 pemain yang dipanggil untuk latihan pusat bersama Kim Swee di Hotel Glenmarie, Shah Alam pada Rabu.

Sebelum itu, pengurus pasukan B-22, Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang juga timbalan presiden FAM berkata, pihaknya menjamin sekurang-kurangnya ada 20 pemain yang akan tiba ke kem latihan sebelum berangkat ke Bangkok.

"Setelah beberapa siri perbincangan dengan pasukan, kita mendapat persefahaman bahawa pemain tersebut akan datang kemudian. Hanya dua pasukan belum memberi kata putus iaitu Pulau Pinang dan Pahang.

"Kita berhubung dengan Tengku Muda Pahang. Nampaknya ada sedikit cahaya, kemungkinan untuk Pahang melepaskan pemain adalah besar," katanya pada sidang media, Rabu.

Tags / Kata Kunci: Pemain Pahang

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan