Manchester United Bakal Pecah Rekod Perpindahan Dunia - Bola Sepak | mStar

Manchester United Bakal Pecah Rekod Perpindahan Dunia

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 8:33 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United mahu merampas pemain yang dalam 'perjalanan' ke Chelsea menerusi perpindahan mega musim ini.

Romelu Lukaku yang dilapor bakal kembali ke Stamford Bridge dijangka ke Old Trafford menerusi perpindahan bernilai £100 juta.

Daily Mail melaporkan, Jose Mourinho mahu melengkapkan perpindahan Lukaku bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zlatan Ibrahimovic.

Sasaran utama jurulatih kelahiran Portugis itu, Antoine Griezmann tidak dapat melakukan perpindahan berikutan sekatan terhadap Atletico Madrid.

Lukaku juga dikatakan sebagai pasangan terbaik untuk diturunkan bersama Alvaro Morata yang bakal tiba di Old Traffrod tidak lama lagi.

Mourinho mempunyai hubungan baik dengan pemain Belgium itu dan mampu membawanya untuk bersama United untuk musim baharu ini.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Chelsea , Romelu Lukaku
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan