Kenapa Mesti Pasukan Kelantan Dilayan Buruk? - Annuar

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 4:09 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kemelut isu pemain di antara Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)  belum lagi berakhir.

Terbaharu, penaung Kafa Tan Sri Annuar Musa meminta FMLLP supaya jangan menganiayai pasukan itu dalam status yang dimuatnaik di laman Facabook rasminya.

Isu tersebut timbul berikutan pihaknya masih belum menerima sebarang jawapan berhubung rayuan pendaftaran penyerang import Imam L Seydi.

Jelas Annuar, Kafa tidak perlu berang dan teruskan rayuan dengan fakta yang cukup.

"Saya terpedaya dengan 'text message' pihak tertentu kononnya sekira kita bersutuju Ghaddar berpindah, bayaran yang di kira lumayan bolehlah Kafa membeli pemain lain.

"Waktu itu saya langsung tidak tahu kita sudah tertakhluk kepada sekatan mendaftar pemain baharu. Kiranya tahu kita tidak pindahkan dan 'loan'kan pemain kita kepada pasukan lain.

"Rancangan asal ialah untuk menggantikan pemain import yang tidak cergas dan berprestasi rendah dan notis penamatan kontrak sudah diputuskan pada April," jelas Annuar dalam statusnya itu."Yang anihnya pemain tersebut sudah di batal pendaftarannya oleh FMLLP.

"Tetapi bila kita pohon daftar Imam menggantikannya, FMLLP mendaftar semula pemain tersebut yang menyebabkan Kafa terpaksa memikul beban gaji kedua-dua pemain yang kita tahu berprestasi rendah".

Annuar menjelaskan, hal tersebut sepatutnya dipertimbangakn semula oleh FMLLP.

"Jangan menganiayai Kafa dan kami penaja yang berhempas pulas menghidupkan Liga Malaysia.

"Kenapa mesti pasukan Kelantan dilayan buruk oleh FAM dan FMLLP?

"Kelantan dan penggiat bola sepak kelantan telah byk menyimbang kpd individu dan FAM.

"Yang kita perlu ialah keadilan dan keputusan yang tertib, jelas dan saksama. Tidak lebih dari itu".

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Annuar Musa

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan