Ranking Jatuh Ke-167, Hamidin Minta Bawa Bertenang

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 5:58 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta semua peminat bola sepak tempatan bertenang berikutan kejatuhan ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) pasukan Malaysia di kedudukan ke-167 dunia.

Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, penurunan tangga kedudukan Malaysia dalam ranking Fifa daripada 155 kepada 167 bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

"Ianya berlaku setelah pasukan kebangsaan tewas dalam perlawanan menentang Lebanon dan kemudiannya tiada perlawanan persahabatan disebabkan liga kita sedang berlangsung.

"Jadual Fifa September nanti, kita akan mengadakan beberapa permainan persahabatan bagi mendapatkan kembali mata. FAM juga akan mengkaji semula jadual perlawanan dan akan melantik 'ranking konsultan' seperti yang dipraktikkan di negara India.

"Kita berada dalam sebuah sistem yang sudah 'tidur' lebih 30 tahun yang kurang memberikan sumbangan," jelasnnya dalam satu kenyataan media, Khamis.

Tambah Hamidin, perubahan ranking pasukan kebangsaan dan infrasuktur akan mengambil masa.

"Kami telah melantik pengarah teknikal yang akan bertugas pada bulan September nanti bersama-sama ranking konsultan.

"Tidak banyak perkara yang boleh diubah dalam masa hanya 100 hari. Walau bagaimanapun ranking futsal kita telah meningkat dari tangga 69 ke 64 dunia. Pemikiran biarlah realistik," jelas Hamidin.

Tags / Kata Kunci: Hamidin Mohd Amin

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan