Atletico Dapat Tonik Baru - Bola Sepak | mStar

Atletico Dapat Tonik Baru

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 9:47 AM

(Ubah saiz teks)

ATLETICO Madrid mendapat tonik baru selepas penyerang sensasi pasukan itu bersetuju untuk terus beraksi di Stadium Vicente Calderón.

Fernando Torres akhirnya menandatangani kontrak selama setahun yang menyaksikan dia kekal bersama kelab Sepanyol itu sehingga Jun 2018.

"Saya berasa bangga untuk kekal di sini selama setahun lagi," kata pemain berusia 33 tahun itu.


Torres menyertai Atletico ketika berusia 11 tahun dan melakukan 294 penampilan untuk kelab tersebut.

Selepas diturunkan bersama skuad utama buat pertama kalinya pada 2001, Torres dipilih sebagai kapten pasukan sebelum menyertai Liverpool pada 2007.

Torres turut pernah menyarung jersi Chelsea dan AC Milan sebelum kembali semula ke Atletico pada 2015.

Tags / Kata Kunci: Atletico Madrid
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan