Pertukaran Buahkan Hasil - Mohd Nidzam - Bola Sepak | mStar

Pertukaran Buahkan Hasil - Mohd Nidzam

Diterbitkan: Rabu, 5 Julai 2017 10:12 AM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff mengakui pertukaran yang dilakukan dalam perlawanan menentang Melaka United di Stadium Darul Aman pada Selasa telah membuahkan hasil.

Menurutnya, pertukaran bagi memantapkan setiap posisi dilakukan selepas skuad hijau kuning tewas dalam perlawanan Liga Super sebelum ini.

Namun, kemasukan Arif Farhan Mohd Isa dalam kesebelasan utama ketika Kedah menewaskan Melaka Uited 2-0 bagi saingan Piala Malaysia berjaya memperbaiki beberapa kelemahan di bahagian tengah.

Jelasnya, pertukaran tersebut juga dilakukan bagi memantapkan fungsi pemain di setiap posisi supaya lawan tidak mudah menguasai ruang yang tidak sepatutnya.

"Pemain berhak mendapat pujian kerana mereka telah bermain dengan baik seperti yang diharapkan.

"Malah kita juga dapat memperbaiki beberapa kelemahan dengan adanya Arif Farhan dan Baddrol Bakhtiar dalam perlawanan itu.

"Fokus kita sekarang hanya satu iaitu memburu sebanyak mana kemenangan dalam Piala Malaysia atau Liga Super. Kita akan memberi tumpuan sepenuhnya," katanya kepada mStar Online.

Mohd Nidzam berkata, pujian juga perlu diberikan kepada pemain sayap Kedah, Syazwan Zainon yang banyak berusaha mencipta peluang.

Malah pemain kebangsaan itu juga dilihat berjaya menggempur pertahanan lawan sehingga menghasilkan gol untuk Kedah.

Ketua jurulatih Kedah tersebut selain itu turut gembira dengan aksi Sandro Da Silva yang menemui sentuhan dan membantu Kedah menjaringkan gol


Tags / Kata Kunci: Kedah , Piala Malaysia , Melaka United
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan