Kapten Manchester United Bakal Sertai Kelab Baharu

Diterbitkan: Rabu, 5 Julai 2017 8:25 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA pasukan Manchester United dilapor bakal menandatangani kontrak selama dua tahun bersama pasukan baharu dan turut menarik diri daripada menyertai jelajah ke Amerika Syarikat.

Wayne Roney dilapor akan menyertai Everton dan perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada Jose Mourinho.

Rooney meninggalkan Everton pada 2004 namun dilapor masih setia dan ingin kembali bersama skuad bimbingan Ronald Koeman.

Selain gaji sebanyak £250,000 seminggu, Rooney dijanjikan kesebelasan utama oleh barisan jurulatih dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim baru.

Skuad The Toffe menjangkakan perpindahan Rooney akan dimuktamadkan pada minggu ini.

Berikutan kehilangan Rooney, United akan mengumumkan ketua pasukan baharu ketika jelajah ke Amerika Syarikat pada bulan ini.

Ander Herrera dijangka akan mengetuai United pada musim baru ini selepas mempamerkan kepimpinan dan aksi memberangsangkan. - Goal.com

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Everton , Wayne Rooney

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan