Mengapa FMLLP Diam Hasrat Kafa Ambil Seydil L'Imam

Diterbitkan: Rabu, 5 Julai 2017 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mempersoalkan tindakan berdiam diri pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) berkaitan rayuan persatuan itu bagi mendapatkan khidmat pemain import dari Perancis, Seydi L' Imam.

Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor berkata pihaknya kecewa dengan sikap membisu pihak FMLLP kerana tidak memberikan jawapan terhadap surat rayuan tersebut yang telah dikemukakan sejak bulan lalu.

"Kita sudah menghantar surat rayuan pada 21 Jun lalu dengan alasan dan penjelasan yang lengkap selain telah menglengkapi semua syarat dan dokumen yang dikehendaki oleh mereka (FMLPP),"  katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Sebelum ini FMLLP menolak permohonan Kafa untuk membawa masuk pemain import terbabit bagi menggantikan seorang lagi pemain import iaitu Alessandro Padovani Celin pada jendela perpindahan Liga Malaysia yang lepas.

Sekatan yang dilakukan oleh FMLLP itu dilakukan berikutan Kafa gagal melengkapkan dokumentasi seperti diminta oleh badan pengendali Liga Malaysia itu selain tidak memenuhi kriteria pendaftaran Liga Malaysia.

Ismail berkata Kafa akan menghantar surat pertanyaan mengenai kenapa surat rayuan yang telah dihantar mereka  tidak dijawab oleh FMLLP.

"Tindakan diam diri itu akan menjadi persoalan kepada kami. Kenapa mereka tidak menjawap surat rayuan kami. Kami mahu penjelasan dan alasan mereka kerana tindakan ini akan merosakkan kami sehingga kami tidak boleh membuat keputusan mengenai kedudukan Celin (Alessandro Padovani Celin).

Katanya beliau tidak menafikan Kafa ketika ini terdesak untuk mendapatkan khidmat penyerang import berkenaan berdasarkan keperluan semasa pasukan.

"Sememangnya kami mahu mendapatkan perkhidamat Seydi L' Imam kerana Celin mengalami kecederaan menyebabkan beliau tidak menunjukan mutu permainan yang baik dan kita terpaksa menunggu jawapan daripada FMLLP untuk memutuskan kedudukan Celin sama ada mahu menamatkan kontraknya atau tidak," kata Ismail.-- Bernama





Tags / Kata Kunci: Seydi L'Imam , Kafa , FMLLP

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan