PAFA Harap Kerjasama NFDP Bangunkan Bola Sepak Perak

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 5:07 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bagi meningkatkan pembangunan bola sepak negeri ini diperingkat akar umbi.

Setiausaha Kehormat PAFA Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata melalui kerjasama itu, PAFA mungkin boleh mengguna pakai pendekatan dilaksanakan NFDP dalam mencungkil bakat-bakat muda untuk diketengahkan sebagai pemain bola sepak negeri.

"Saya sememangnya bersetuju pembangunan di peringkat akar umbi perlu diutamakan selain menuntut kerjasama semua pihak yang terlibat dengan PAFA.

"Pada masa ini, kita harapkan kerjasama dengan NFDP akan membolehkan kita mendapatkan pelan tindakan untuk diaplikasi ke dalam pembangunan bola sepak negeri," katanya ketika program ramah mesra di Pejabat PAFA di sini, Selasa.

Beliau berkata peruntukan juga merupakan antara cabaran utama yang perlu dihadapi bagi memastikan program pembangunan di peringkat akar umbi berjalan lancar.

"Kita kena akui program seumpama ini memerlukan belanja besar jadi kerjasama dan komitmen semua pihak amat dituntut bagi memastikan kelangsungannya terus berkekalan," katanya.

Ahmad Shahrul yang juga pengurus pasukan Perak turut menegaskan pembangunandi peringkat akar umbi bukan program bersifat segera, sebaliknya memerlukan masa untuk memajukannya.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan 18 anggota gabungan PAFA dalam masa terdekat bagi membincangkan pelbagai isu dan hala tuju pembangunan bola sepak di negeri ini.

Katanya, pertemuan yang akan diadakan itu juga bertujuan mengukuhkan lagi hubungan antara PAFA dan anggota gabungan.

"Saya akan berbincang dengan presiden (Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan) tentang pertemuan itu dan pada masa yang sama cuba dapatkan nasihat daripada beliau memandangkan saya baru mengambil alih jawatan ini," katanya.

Selain itu, Ahmad Shahrul juga mengalu-alukan pendapat selain idea yang membina daripada mana-mana pihak termasuk penyokong dalam memastikan kemajuan bola sepak Perak.

Beliau berkata tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya akan digunakan sebaiknya tanpa sebarang sikap prejudis.

"Boleh jumpa saya bila-bila masa tapi kita harap sebarang perkara yang nak dibincangkan itu biarlah dalam suasana yang baik kerana tugas saya di sini bukan nak bergaduh atau timbulkan suasana kurang senang dalam kalangan mana-mana pihak," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PAFA , NFDP

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan