United Terus Ikat Pemain Muda - Bola Sepak | mStar

United Terus Ikat Pemain Muda

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 8:32 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN muda Belgium berusia 16 tahun menjadi milik Manchester United.

Largie Ramazani merupakan bekas pelatih Akademi  Anderlecht sebelum menyertai Charlton.

Namun penyerang muda itu berjaya menarik minat United dan tiba di Carrington bagi menjalani latihan pra musim bersama skuad kelab.

Ramazani yang dilahirkan di Burundi dan memulakan karier remajanya di Anderlecht menandatangani kontrak bersama United selama empat tahun.

Wartawan Belgium, Kristof Terreur memuatnaik gambar Ramazani memegang jersi United selepas sah berpindah ke Old Trafford.

Minggu lalu, United turut mengikat pemain muda Irelan Utara, juga berusia 16 tahun, Ethan Galbraith.

Galbraith merupakan kapten bagi pasukan Bawah 17 tahun Ireland Utara dan turut tampil dalam skuad B-18 negaranya.

Tags / Kata Kunci: Pemain Muda United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan