Tae-yong Ketua Jurulatih Baharu Korea Selatan

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 2:37 PM

(Ubah saiz teks)

KOREA Selatan melantik Shin Tae-yong sebagai ketua jurulatih baharu negara itu.

Menurut laporan di laman rasmi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Tae-yong sebelum ini mengendalikan skuad Bawah 20 Tahun dipilih mengisi jawatan utama skuad kebangsaan itu bagi menggantikan tugas Uli Stielike sebelum ini.

Stielike dipecat bulan lalu selepas skuad  Korea Selatan tewas 3-2 kepada Qatar dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2018.

Pelantikan Tae-yong diharap dapat membantu pasukan yang digelar Taeguk Warriors untuk layak ke aksi Piala Dunia apabila masih lagi mempunyai baki dua perlawanan bagi kelayakan zon Asia.

Mereka kini berada di tempat kedua bagi Kumpulan A dengan 13 mata, tujuh mata ketinggalan daripada Iran yang telah layak ke Piala Dunia.

Korea Selatan bakal melayan kunjungan Iran pada 31 Ogos ini sebelum bertemu Uzbekistan di Tashkent (5 September).

Manakala Uzbekistan yang kini berada di tempat ketiga kumpulan pastinya mahu memenangi perlawanan tersebut memandangkan hanya dua pasukan teratas layak secara automatik ke Piala Dunia di Rusia tahun depan.

Dan pasukan ketiga setiap kumpulan akan bermain secara play-off bagi merebut dua slot terakhir saingan dunia itu.

Tags / Kata Kunci: Korea Selatan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan