Fikir Kepentingan Negara - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 8:36 PM

Khairy berucap pada Majlis Pelancaran Penjualan Tiket Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Kompleks Sukan Negara pada Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta agar pasukan negeri dan kelab melepaskan pemain bagi menjalani latihan bersama skuad Bawah 22 (B-22) negara sebagai persiapan menghadapi saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok dan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Khairy berkata beliau sedar dilema yang dihadapi pasukan negeri dan kelab berikutan pada masa yang sama saingan Liga Malaysia (Liga M) turut berlangsung, namun mereka perlu juga memikirkan kepentingan negara.

Beliau berkata Ketua Jurulatih skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee hanya mempunyai tempoh kurang dua bulan bagi mempersiapkan pasukan negara menghadapi saingan di Sukan SEA, sekali gus memastikan meraih pingat emas di hadapan penyokong tempatan.

"Ini permintaan daripada saya dan seluruh penyokong bola sepak tempatan. Harapan kita adalah untuk menang pingat emas dalam acara bola sepak pada Sukan SEA.

"Maka saya harap kerjasama dapat diberikan kerana kerjasama itu yang akan menentukan sama ada pasukan Malaysia bersedia sepenuhnya atau tidak (bersaing pada Sukan SEA),” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran penjualan tiket Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Bukit Jalil pada Selasa.

Laporan media sebelum ini, menyebut mengenai kebimbangan Kim Swee untuk membawa skuad terbaik ke Bangkok selepas ada pasukan sudah memaklumkan tidak boleh melepaskan pemain mereka kerana jadual Liga M yang padat.

Difahamkan kira-kira separuh pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat bermula 5 Julai, tidak mendapat pelepasan daripada pasukan masing-masing.

Berdasarkan perancangan awal, semua pemain yang dipanggil Kim Swee perlu melaporkan diri ke kem latihan pusat bermula pada Rabu.

Pusingan kelayakan dijadual berlangsung dari 19 hingga 23 Julai ini, dengan juara dan enam naib juara kumpulan terbaik, akan layak ke pusingan akhir.

Sebanyak 40 negara yang dibahagikan kepada 10 kumpulan bakal bersaing bagi merebut tempat ke pusingan akhir di China, yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 17 Februari tahun depan.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: AFC , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan