Man United Perkenal Kit Terbaharu Lebih Klasik

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 7:47 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United memperkenalkan kit terbaharu mereka dengan rekaan yang lebih klasik.

Pengeluar sukan terkenal dari Jerman, Adidas mengimbas kembali rekaan terbaharu mereka yang lebih unik dibahagian leher jersi berkolar pendek dan dilengkapi dengan butang.


Menurut pengeluar tersebut, rekaan ini bagi mengimbas kembali kenangan skuad United.

Kapten United yang dikaitan dengan perpindahan musim depan, Wayne Rooney turut tampil memperkenalkan kit baharu ini bersama Paul Pogba dan rakan-rakan yang lain seperti David De Gea, Jesse Lingard, Luke Shaw dan Phil.

Di hujung lengan jersi tersebut, turut diselangkan dengan lilitan berwarna hitam bagi memastikan United sentiasa menggunakan warna sebenar di jersinya. Dan sudah pasti warna merah menjadi warna asas United serta tiga garisan di bahagian bahu menjadi 'trademark' mereka.


Skuad Jose Mourinho itu bakal memakai kit terbaharu ini buat kali pertama pada perlawanan pra musim bertemu Los Angeles Galaxy pada 15 Julai ini.

Malah ia sesuatu yang istimewa apabila ia akan turut pakai dalam aksi Liga Juara-Juara apabila layak bersaing selepas tahun 2015.

Tags / Kata Kunci: Kit Baharu , Man United

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan