Terry Sah Sertai Aston Villa

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 7:06 PM

Terry bermain golf bersama Bruce dan anak lelakinya, Alex (kiri) di Portugal.

(Ubah saiz teks)

JOHN Terry telah menandatangani kontrak bersama Aston Villa dan akan terus beraksi sehingga mencecah usia 37 tahun.

Pemilik dan Pengerusi Villa, Dr Tong Xia mengesahkan ketibaan bekas bintang Chelsea itu pada pagi Isnin menerusi Twitternya.

"Selamat datang JT ke Birmingham City... Aston Villa!."

Birmingham City turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Terry sebelum Steve Bruce menyakinkan pemain berusia 36 tahun itu untuk berhijrah ke Villa Park.

Xia dilihat turut bergurau dengan seterunya Birmingham City menerusi Tweet tersebut.

Difahamkan Terry bersetuju untuk menyarung jersi Villa selama setahun dengan gaji dianggarkan sekitar 80,000 pound sterling seminggu.

Villa menamatkan saingan Liga Kejuaraan Inggeris (divisyen dua) di tangga ke-13 musim lalu selepas tersingkir daripada pentas Liga Perdana Inggeris pada April 2016.

Tags / Kata Kunci: John Terry , Aston Villa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan