Pogba Lupakan 'Dab', Ganti Tarian Baharu

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 12:09 PM

(Ubah saiz teks)

GAYA tarian 'dab' yang dipopularkan pemain termahal dunia, Paul Pogba tidak lagi akan digunakan pada musim baharu.

Ini kerana pemain tengah Manchester united itu mengakui gaya sambutan gol itu sudah 'tamat tempoh' dan akan digantikan.

Gaya sambutan gol Pogba yang baharu telah dirancangan untuk digunakan pada musim 2017/2018 dan diilhamkan oleh rakannya sewaktu kecil.

Tarian Billy dipersembahkan oleh Pogba ketika dia meraikan kemenangan United pada perlawanan akhir Piala Europa dan dijangka menjadi ikutan baharu peminat bola.

Pogba mula mempersembahkan gaya 'dab' ketika bermain untuk Juventus dan membawa gaya berkenaan di United awal musim lalu.

Ditanya tentang gaya 'dab' itu, Pogba berkata, tarian berkenaan bermula di Amerika oleh kumpulan muzik, Migos.

"Saya menyukai muzik dan tarian tersebut.

"Namun 'dab' sudah berakhir dan kini masanya untuk tarian Billy," katanya.

Mengulas tentang tarian Billy, Pogba berkata, tarian itu dicipta oleh rakannya, Billax.

"Dia umpama saudara saya dan kini merupakan jurulatih bola sepak.

"Saya mahu pastikan tarian itu menjadi ikutan dan dimasukkan ke dalam FIFA 2018," katanya. - MIRROR

Tags / Kata Kunci: Paul Pogba

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan