Gol Lars Stindl Jadikan Jerman Juara - Bola Sepak | mStar

Gol Lars Stindl Jadikan Jerman Juara

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 8:28 AM

Jerman meraikan kemenangan sambil menjulang Piala Konfederasi 2017 di Stadium St. Petersburg, Rusia pada Ahad. - Reuters

(Ubah saiz teks)

LARS Stindl menghadiahkan gol kemenangan buat Jerman ketika menentang Chile 1-0 sekaligus menjulang kejuaraan Piala Konfederasi di St. Petersburg.

Stindl menjaringkan gol kemenangan Jerman pada minit ke-21.

Ketangkasan penjaga gol Marc-Andre Ter Stegen menempis bola Chile sehingga digelar penghenti masa turut menjadi penyebab pasukan itu memenangi kejohanan buat kali pertama.

Sementara itu, pemenang Copa Amerika, Chile membazir beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Selepas kedua-dua pasukan memungut mata seri 1-1 kira-kira 10 hari lalu, Chile dilihat mempunyai peluang yang cerah pada pertemuan kali kedua.

Pemain-pemain Chile, Alexis Sanchez cuba menjaringkan gol pada minit kedua, Arturo Vidal turut mencuba nasib di kotak penalti namun gol diselamatkan oleh Ter Stegen, manakala Eduardo Vargas pula menendang bola sejauh lebih 20 meter dari palang gol.

Vargas sekali lagi membuat cubaan kedua namun Ter Stegen berjaya menyelamatkan gol berkenaan.

Jerman menamatkan permainan dengan hebat apabila Leon Goretzka membuat tendangan sisi yang disambut oleh Sebastian Rudy dan Julian Draxler.


Tags / Kata Kunci: Jerman , Chile , Piala Konfederasi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan