Liga Super: Sathia Puji Anak Buah

Diterbitkan: Ahad, 2 Julai 2017 3:06 PM

Aksi pemain-pemain Felda United pada perlawanan menentang Pahang, Sabtu malam.

(Ubah saiz teks)

MARAN: Ketua Jurulatih Felda United, B. Satianathan memuji aksi mantap yang dipamerkan anak buahnya sehingga berjaya menumpaskan Pahang 2-1 dalam saingan Liga Super di halaman sendiri pada aksi Sabtu malam.

Satianathan berkata meskipun pasukan pelawat lebih banyak menguasai perlawanan pada separuh masa pertama, senario sebaliknya berlaku di babak kedua yang menyaksikan kebangkitan skuad ‘The Fighters’.

"Saya puji pemain saya yang berupaya untuk bangkit mencatat kemenangan. Pada separuh masa pertama, Pahang menguasai permainan tetapi pada babak kedua kita pula yang mengawal rentak permainan sebelum berjaya mengubah keputusan seri 1-1 kepada kemenangan 2-1.

"Pemain dilihat banyak mencipta peluang untuk menjaringkan gol dan itulah yang kita mahu dalam setiap perlawanan," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Satiananthan berkata beliau juga bangga kerana pasukan kendaliannya tidak mengamalkan corak permainan bertahan atau ‘berkampung’ di bahagian bawah dalam usaha meraih kemenangan.

"Kalau bermain secara bertahan, kita mungkin hanya catat keputusan seri 0-0 tetapi ia tidak begitu. Saya mengarahkan semua pemain untuk bertahan dan menyerang. Namun walaupun menang, saya rasa Felda United belum bermain pada tahap sebenar dan ia masih boleh ditingkatkan," katanya.

Beliau berkata tiga pemain import baharu dalam pasukan turut memainkan peranan penting untuk melakar kemenangan, sekali gus membuktikan mereka memiliki kualiti sebagaimana diharapkan.

Mengulas mengenai insiden kekecohan sehingga kapten The Fighters, Zah Rahan Krangar dilayangkan kad merah meskipun perlawanan telah berakhir, beliau mengakui tidak begitu jelas tentang hal tersebut.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata beliau kecewa dengan mutu pengadilan pada aksi tersebut dan beranggapan ia boleh menghancurkan bola sepak negara jika terus dibiarkan.

"Saya tidak kisah jika kalah tetapi mutu pengadilan malam ini menghampakan, seolah-olah perlawanan ini sudah diatur. Bukan disebabkan sepakan penalti sahaja tetapi banyak keputusan pengadil memihak kepada Felda United yang tidak sepatutnya diberikan.

"Dari segi sepakan penalti, ia tidak patut diberikan kepada Felda United manakala situasi di mana kita sepatutnya mendapat sepakan penalti, tidak pula diberi.

Tags / Kata Kunci: Felda United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan