Safee Sali Dibedah, Masuk Besi

Diterbitkan: Ahad, 2 Julai 2017 4:18 PM

(Ubah saiz teks)

HAJAT PKNS untuk meneruskan perjuangan keluar daripada zon penyingkiran Liga Super terencat apabila ayam tambatan, Safee Sali disahkan bakal tersisih selama dua sehingga tiga bulan.

Semuanya gara-gara keretakan tulang selangka yang dialami pada perlawanan menentang Melaka di Stadium Shah Alam pada Sabtu.

Ketiadaan Safee pasti beri tamparan hebat kepada E.Elavarasan ditambah kehambaran prestasi penyerang import, Patrick Ronaldinho bagi harungi aksi Liga Malaysia musim ini.

Kecederaan dialami Safee disahkan oleh Elavarasan yang akui penyerang kebangsaan itu perlu berehat sekurang-kurangnya enam minggu dan hanya boleh jalani latihan selepas dua bulan.

"Safee nampaknya terpaksa berehat panjang apabila laporan perubatan sahkan dia alami keretakan pada tulang serangkanya.

"Dia akan jalani pembedahan memasukkan besi tidak lama lagi dan daripada situ dia terpaksa lupakan semua aksi pada bulan Julai ini.

"Kita harap selepas liga berehat Ogos ini, dia boleh bermain pada awal atau pertengahan September nanti kerana pasukan amat perlukan khidmatnya bagi harungi baki jadual liga, " katanya.

Safee menjadi penjaring gol penyamaan PKNS melalui sepakan penalti pada perlawanan menentang Melaka di Stadium Shah Alam yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Dia alami kecederaan itu pada minit 72 sebaik gagal lakukan lipatan dengan baik dalam kotak penalti yang menyebabkan tulang selangkanya mendapat keretakan.

Ketiadaan Safee pasti memeningkan Elavarasan memandangkan situasi PKNS kini berada di tangga ke-10 malah hanya dibezakan perbezaan jaringan dengan pasukan di tempat ke-11, Melaka.

Pilihan yang tinggal buat PKNS di jentera serangan selain Patrick Ronaldinho ialah bekas penyerang Sarawak dan PDRM, Bobby Gonzales manakala Khyril Muhymeen juga mampu bertindak selaku penyerang sokongan.

Tags / Kata Kunci: Safee Sali , PKNS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan