JDT Terajui Kedudukan Liga Super

Diterbitkan: Ahad, 2 Julai 2017 8:59 AM

Pemain JDT Mohamad Ghaddar mengawal bola sambil diasak pemain Pulau Pinang Mafry Balang pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin malam Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendahulu LigaSuper, Johor Darul Ta'zim (JDT), mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan pasukan tercorot, Pulau Pinang, dengan 2-0 di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkindi Johor malam Sabtu.

Namun, JDT terpaksa menunggu sehingga minit ke-43 untuk membolosi gol pasukan pelawat itu menerusi sepakan pemain import baharu, Mohammad Ghaddar.

Gonzalo Gabriel Cabrera pula menjaringkan gol kemenangan JDT pada minit ke-83 untuk mengekalkan kedudukan JDT selaku pendahulu Liga Super dengan 33 mata setakat ini.

Pahang, yang mengekori JDT di kedudukan kedua liga itu, gagal mengutip sebarang mata selepas tewas 1-2 ketika berkunjung ke gelanggang Felda United FC di StadiumTun Razak, Jengka.

Sumareh Mohamadou menjaringkan gol terpantas perlawanan seawal minit pertama buat Pahang tetapi empat minit berselang, pemain tuan rumah, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi, pula menyamakan kedudukan.

Seminit sebelum wisel penamat, Thiago Augusto Fernandes,menyempurnakan sepakan penalti untuk Felda United selepas pengadil perlawanan, Mohammad Zamzaidi Katimin, mendapati bola terkena tangan pemain pertahanan Pahang, Mohammad Muslim Ahmad, dalam kawasan kotak penalti.

Di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu, Sarawak mengutip tiga mata selepas menang 2-0 ke atas pasukan Kelantan dengan gol-gol yang dijaringkan menerusi Demerson Bruno Costa dan Mateo Roskam masing-masing pada minit ke-21 dan 35.

Sebelum itu, sepak mula perlawanan antara Kelantan dan Sarawak terpaksa ditangguhkan oleh Komisioner Perlawanan, Shahrin Ismail, selama 40 minit akibat hujan lebat dan petir.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, juara Piala FA itu gagal memanfaatkan peluang bermain di gelanggang sendiri selepas tewas tipis 2-3 kepada Perak apabila pasukan pelawat memperoleh gol saguhati pada minit ke-30 selepas Muhammad Shazwan Tajuddin tertampan masuk bola ke gol sendiri dalam usaha menyelamatkan percubaan berbahaya yang dilakukan Yaser Armando Pinto Islame.

Selepas waktu rehat, Perak menambah dualagi jaringan melalui Mohd Nasir Bsaharudin dan Gilmar Jose Da Silva Filho masing-masing pada minit ke-47 dan 72, manakala Kedah memperoleh dua gol daripada Sandro Da Silva Mendonca (min 58) dan Liridon Krasniqi (min 84).

Di Stadium Shah Alam, PKNS FC berkongsi mata dengan Melaka melalui pemain senior, Safee Sali, yang menjaringkan gol penyamaan 1-1 dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70 selepas pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin,mengeluarkan kad merah kepada pemain pertahanan Melaka Jasmin Mecinovic yang menampan bola dalam kotak penalti.

Melaka memperoleh gol tunggal mereka melalui Felipe De Almedia pada minit ke-49.

Selangor pula memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila berjaya mencatat kemenangan 4-2 ke atas T-Team FC pada perlawanan yang berlangsung diStadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu di hadapan menerusi dua gol yang dijaringkanMuhammad Syahmi Safari pada minit ke-53 diikuti jaringan pemain import kelahiran Liberia, Forkey Doe, dua minit kemudian sebelum T-Team berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-73 oleh Dishod Sharofetdinov.

Selangor kembali melebarkan jurang jaringan menerusi Rufino Segovia DelBurgo dan Muhammad Syahmi pada minit ke-82 dan 85 sebelum T-Team dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-89 yang kemudian disempurnakan Joseph Yannick Ndjenguntuk menjadikan kedudukan 4-2 sehingga tamat permainan.

-Bernama
Tags / Kata Kunci: JDT , Liga Super

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan