Chelsea Tandatangani Penjaga Gol Baharu

Diterbitkan: Ahad, 2 Julai 2017 7:20 AM

Willy Caballero

(Ubah saiz teks)

KHABAR mengejutkan dari London apabila Chelsea mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mendapatkan bekas penjaga gawang Manchester City, Willy Caballero.

Walaupun sudah berusia 35 tahun, Caballero akan menjadi penjaga gol kedua di bawah Thibaut Courtois di Stamford Bridge setelah Asmir Begovic berhijrah ke Bournemouth.

Caballero berkata dia sangat gembira dapat bergabung dengan Chelsea.

Pemain Argentina itu berharap dapat membantu kelab meraih gelaran musim depan.

“Saya sangat gembira dapat bergabung dengan Chelsea, juara Inggeris. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan rakan-rakan dan membantu kelab meraih lebih banyak gelaran pada musim depan."

Caballero menyertai Liga Perdana Inggeris pada tahun 2014 dengan bergabung dengan City atas permintaan Manuel Pellegrini yang juga pernah melatihnya di Malaga.

Caballero telah bermain dalam 47 perlawanan untuk City dalam tiga musim, termasuk 26 kali di bawah Pep Guardiola.

Tags / Kata Kunci: Willy Caballero , Chelsea

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan