Terry Ke Aston Villa?

Diterbitkan: Sabtu, 1 Julai 2017 7:17 AM

John Terry bersama keluarga dilihat berada di Lapangan Terbang Faro untuk terbang ke UK.

(Ubah saiz teks)

CUTI sudah berakhir untuk John Terry dan kini dia perlu membuat satu keputusan besar.

Terry dan keluarganya terbang dari villanya di Portugal ke United Kingdom dan dia akan menjadi ejen bebas pada Ahad selepas tempoh kontraknya di Chelsea tamat.

Dan, Terry mungkin akan terus menyeberang ke Villa Park, sekiranya khabar angin mengenai perpindahannya untuk menyertai Aston Villa disahkan.

Terry dilaporkan telah ditawarkan gaji asas sebanyak £60,000 seminggu oleh pengerusi Villa, Tony Xia, dengan bonus yang besar, termasuk £2 juta jika dia dapat membantu pasukan kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Awal Jumaat, Xia memberi petunjuk bahawa Terry hanya perlu menandatangani ruang yang telah disediakan, apabila Xia meletakkan emoji pen dengan hashtag UTV (Up The Villa) di Twitter.

Xia sebelum ini mencatatkan tentang situasi kontrak Terry di Chelsea, memberikan petunjuk bahawa dia sangat berminat untuk mendapatkan pemain berusia 36 tahun itu.

Bekas kapten England itu juga telah berunding dengan Swansea, Bournemouth dan West Brom sejak akhir musim lalu.

Birmingham juga berminat untuk mendapatkannya tetapi Harry Redknapp telah berputus asa untuk 'mengejar' Terry.

Terry juga telah diberikan peluang menguntungkan untuk menamatkan kerjayanya di Liga Super Cina bersama Tianjin Quanjian dengan bayaran £10 juta setahun.

Tetapi difahamkan, cabaran untuk membantu Villa kembali beraksi di Liga Perdana lebih menarik minat Terry.

Sementara itu, menurut sumber yang rapat dengan ESPN FC, Terry telah bersetuju untuk menyertai Villa.

Menurut sumber, Terry telah memaklumkan kelab lain yang berminat dengannya bahawa dia telah memutuskan untuk bergabung dengan Villa dan langkah itu dijangka dimuktamadkan pada hujung minggu ini.

Tags / Kata Kunci: John Terry , Tony Xia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan