Siapa Bintang AS Roma Pilihan Conte?

Diterbitkan: Sabtu, 1 Julai 2017 8:04 AM

Antonio Conte

(Ubah saiz teks)

CHELSEA telah bersetuju dengan perjanjian bernilai £33.4 juta dengan AS Roma untuk mendapatkan Antonio Rudiger.

Pemain tengah dari Jerman berusia 24 tahun itu dijadualkan menjalani pemeriksaan kesihatan pada Isnin dan memuktamadkan terma peribadi dalam kontrak lima tahun di Stamford Bridge.

Menurut laporan, kesepakatan untuk membayar sebanyak £29 juta, dengan bayaran tambahan £4.4 juta telah dicapai antara dua kelab.

Sumber Sky Sports sebelum ini menyatakan bahawa The Blues telah memulakan perbincangan dengan Roma untuk menandatangani Rudiger yang menyertai pasukan Serie A dari Stuttgart untuk £7.6 juta pada musim panas lepas.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte berminat untuk menandatangani Rudiger musim panas ini berikutan penjualan Nathan Ake ke Bournemouth dan pemergian kapten, John Terry.

Chelsea juga akan bersaing dengan Liverpool dan Manchester City untuk mendapatkan Virgil van Dijk tetapi Southampton enggan menjual mana-mana pemain handalan mereka.

Kelab itu pada minggu ini terdorong untuk membuat tawaran terhadap rakan sepasukan Rudiger, Kostas Manolas selepas perpindahannya bernilai £30 juta ke Zenit St Petersburg terhenti, tetapi sebaliknya telah bersetuju mendapatkan Rudiger.

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Antonio Rudiger

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan