Diego Costa Boleh Buat Conte Gila?

Diterbitkan: Jumaat, 30 Jun 2017 8:38 AM

Diego Costa

(Ubah saiz teks)

BEKAS penyerang Chelsea, Tony Cascarino berkata tiada gunanya The Blues mempertahankan pemain yang sering buat kacau seperti Diego Costa dalam pasukan.

Costa melakukan kejutan beberapa minggu lalu, apabila mengaku menerima arahan daripada pengurus Antonio Conte yang mahu dirinya berpindah ke pasukan lain dalam jendela perpindahan musim panas.

Walaupun berjaya menjaringkan 20 gol musim lalu dan membawa Chelsea menjadi juara Liga Perdana Inggeris, penyerang dari Brazil itu juga sempat membuat Conte terkejut pada Januari, berhubung keinginannya untuk berpindah ke China.

Sikap Conte seperti itu dikatakan menjadi punca Conte tidak mahu memasukkannya dalam skuad pada musim depan.

Cascarino berkata pemain seperti Costa amat berisiko untuk merosakkan keharmonian sedia ada dalam kelab.

"Jujur, saya masih dapat membayangkan pagi itu di Cobham, Costa telah mengetuk pintu ruang pengurus dan merungut tentang sesuatu," kata Cascarino memetik FFT.

"Ada beberapa pemain yang memang boleh buat anda gila. Dia menjalani tiga musim yang baik, menang trofi, namun dia tak mahu bertahan di sana. Anda tak patut mempertahankan pemain yang tak ingin berada di kelab."

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Diego Costa

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan