Hasrat Khalid Ali Jumpa TMJ Mungkin Tercapai

Diterbitkan: Khamis, 29 Jun 2017 7:50 PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Hasrat legenda bola sepak negara, Khalid Ali untuk bertemu presiden Persatuan Bola SepakMalaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mungkin menjadi kenyataan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata jika bekas pemain era 80-an itu ikhlas untuk menyumbangkan idea berkaitan bola sepak negara, tiada sebarang masalah untuk mengadakan pertemuan tersebut.

Hamidin berkata Khalid yang merupakan watak utama dalam kejayaan pasukan negara layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 mungkin mempunyai pandangan yang berguna dan tidak menolak kemungkinan akan wujudnya satu impak positif hasil daripada pertemuan tersebut.

"Saya rasa mungkin ada impak yang positif yang akan terhasil jika diadakan pertemuan itu.

"Jika hasrat Khalid itu ikhlas untuk membantu memberikan idea bagi memajukan lagi bola sepak negara, saya rasa tiada isu yang perlu kita khuatirkan," katanya kepada pemberita pada majlis RumahTerbuka Aidilfitri bersama warga bola sepak tanah air di kediamannya di sini, hari ini.

Hamidin seterusnya menjelaskan Khalid tidak perlu menunggu maklum balas daripada TMJ, sebaliknya boleh menghubungi beliau dan menyerahkan hal berkaitan pengaturan pertemuan itu kepadanya.

"Hubungi saja saya atau pun pegawai khas TMJ. Saya sendiri akan sampaikan kepada TMJ dan mengaturkan segala perkara berkaitan pertemuan itu nanti," tambahnya.

Rabu lepas Khalid yang dihubungi Bernama menyatakan hasrat untuk bertemu TMJ bagi memberi sokongan kepada baginda dalam memajukan bola sepak negara susulan kekalahan 1-2 Harimau Malaya kepada Lubnan dalamkempen kelayakan Piala Asia 2019 pada 14 Jun yangmenyaksikan TMJ dihujani kritikan berikutan kekecewaan itu.

Khalid turut mengulas gesaan yang dibuat Presiden Johor Darul Tazim (JDT), Tunku Tun Aminah yang mahuTMJ meninggalkanFAM dan pulangsemula bagi mengendali pasukan JDT sebagai tindakan yang mampu memusnahkan jutaan harapan peminat tempatan untuk melihat pembaharuan yang ingin dibawa TMJ.

Khalid bercadang bertemu Tunku Ismail bersama bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal dan pengendali pasukan Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan serta beberapa legenda bola sepak negara. -Bernama

Tags / Kata Kunci: FAM , TMJ , Datuk Hamidin Mohd Amin , Khalid Ali

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan