Rooney Tak Perlu Risau - Giggs

Diterbitkan: Rabu, 28 Jun 2017 3:32 PM

Giggs (kiri) bersama Rooney di United sebelum ini.

(Ubah saiz teks)

TIDAK perlu bermain penuh, sudah memadainya dengan 25-30 perlawanan, kata bekas bintang Manchester United.

Menurut Ryan Giggs, bekas rakannya Wayne Rooney boleh meneruskan kariernya di Old Trafford jika dia menerima kenyataan bukan lagi sebagai pemain utama.

"Dia boleh terus menyumbang walaupun bukan menjadi pilihan utama, dan meningkatkan corak permainan. Saya telah dilalui situasi ini ketika berada pada usianya.

"Tidak perlu bermain semua perlawanan, tetapi cukup jika 25-30 permainan dan mampu menyumbangkan yang terbaik.

"Dan jika Wayne dapat melakukan perkara itu, saya fikir tiada alasan untuk dia terus kekal bersama kelab,"ujar Giggs,43.

Sebelum ini dilaporkan masa depan Rooney,31, bersama United masih kabur bagi saingan musim depan.

Tags / Kata Kunci: ryan giggs , manchester united

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan