Tawaran Chelsea Dijangka Ubah Pendirian 'Old Lady'

Diterbitkan: Selasa, 27 Jun 2017 9:06 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA bakal melakukan rekod baharu perpindahan menjelang aksi musim baharu tidak lama lagi.

Menurut laporan media, The Blues bersedia mendapatkan pemain pertahanan Juventus Alex Sandro dengan bidaan yang lebih tinggi berbanding kali pertama yang ditawarkan.

Sebelum ini Chelsea menawarkan 45 juta pound (RM246 juta) namun ditolak Juve.

Bagaimana kelab juara Liga Perdana Inggeris itu tidak mengalah dan tampil dengan tawaran yang lebih lumayan iaitu 60 juta pound  (RM327.42 juta).

Ia sekaligus bakal menjadikan nilai terpindahan terbesar bagi pemain pertahanan dalam sejarah liga.

"Tawaran besar telah diterima. Kami tidak berminat untuk menjual mana-mana pemain, tetapi jika pemain itu sendiri membuat keputusan untuk berpindah, seperti tahun-tahun sebelum ini, kami akan lepaskan.

"Kami tidak akan menyimpan pemain yang kemahuannya dihalang.

"Tetapi buat masa sekarang, tidak ada situasi seperti itu dan berharap tiada siapa yang akan pergi dari sini," jelas Ketua Eksekutif, Beppe Marotta.

Bagaimanapun tawaran Chelsea itu dijangka akan mengubah pendirian kelab Old Lady itu bagi melepaskan pemain antarabangsa Brazil tersebut.

Tags / Kata Kunci: Alex Sandro , Chelsea

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan