Punca Ronaldinho Tidak Sertai United Didedahkan

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 12:01 PM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS 14 tahun berlalu, bekas Presiden Barcelona, Joan Laporta akhirnya membuka mulut tentang kegagalan perpindahan bintang Brazil, Ronaldinho berpindah ke Manchester United.

United ketika itu dibimbing oleh Sir Alex Ferguson, yakin mereka mampu menandatangani Ronaldinho pada 2003 sebelum bekas pemain berusia 37 tahun itu memilih Barcelona sebagai kelab pilihannya.

United pada waktu itu bersungguh-sungguh mahu mendapatkan khidmat Ronaldinho selepas kelab Inggeris tersebut kehilangan David Beckham yang berhijrah ke Real Madrid.

Laporta ketika itu berjanji untuk menandatangani Beckham sebagai sebahagian manifesto pilihan raya dan United mengumumkan perjanjian tersebut semakin menjadi kenyataan.

Bagaimanapun Beckham memilih untuk menyertai seteru utama The Catalan iaitu Real Madrid dan enggan berpindah ke Nou Camp memandangkan kelab gergasi Sepanyoil itu tidak bermain di kejohanan Liga Juara-Juara.

Kemudian, perhatian Barcelona beralih kepada Ronaldino yang bermain untuk PSG ketika itu, sekali gus mencantas United mendapatkan khidmat pemain Brazil tersebut.

"Perjanjian ini melibatkan Beckham, Ronaldinho atau Thierry Henry.

"United memaklumkan kepada kami bahawa mereka akan menjual Beckham jika kami memenangi pilihan raya memandangkan kami tidak mempunyai kuasa ketika itu.

"Tetapi akhirnya kami dipergunakan dan Beckham menyertai Madrid. Kami bertemu di Lapangan Terbang Heathrow dan menandatangani dokuman yang menyatakan pemain England itu akan menyertai Barcelona jika perjanjian dicapai dengan ejen.

"Namun perjanjian itu gagal. Kami pergi ke Nice dan menandatangani Ronaldinho," katanya.

Pemain Brazil itu menjadi seorang daripada pemain hebat di Nou Camp apabila memenangi dua gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara.

Meskipun gagal menandatangani Ronaldinho, United berjaya membawa Cristiano Ronaldo yang kini merupakan antara pemain terhebat dunia. - MIRROR

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Ronaldinho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan