Berita Buruk Buat Real Madrid, Arsenal

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 12:17 PM

(Ubah saiz teks)

BINTANG muda AS Monaco menjadi perhatian beberapa kelab terkemuka Eropah termasuk Real Madrid dan Arsenal yang begitu serius mahu mendapatkan Kylian Mbappe.

Namun hasrat mereka mungkin terbantut apabila Monaco dilapor mahu mengekalkan penyerang berusia 18 tahun itu setahun lagi di Perancis.

Ini kerana Monaco sedia menawarkan kontrak baharu kepada Mbappe yang menempa nama di persada bola sepak Eropah apabila menggegarkan 26 gol sepanjang musim di Ligue 1.

Malah penampilannya di pentas Liga Juara-Juara juga mencuri perhatian apabila membantu pasukannya mara ke saingan separuh akhir.

Real Madrid ternyata berminat membawa Mbappe ke Bernabeu pada musim depan manakalan bos Arsenal, Arsene Wenger sedia memecah rekod dunia bagi memastikan penyerang muda Perancis itu ke Emirate.

Namun Monaco tidak rela pemainnya disambar kelab gergasi lain selepas seorang lagi penyerangnya, Bernardo Silva sudah menyertai Manchester City manakala Tiemoue dilamar Chelsea dan Benjamin Mendy, Thomas Lemar, Fabinho serta Djibril Sidibe dilaporkan sedia meninggalkan kelab tersebut.

Kontrak Mbappe akan tamat pada 2019 tetapi Monaco mahu menawarkan kontrak baharu dengan kenaikan gaji sebanyak 900 peratus iaitu daripada 15,000 pound sterling kepada 140,000 pound sterling seminggu.

Monaco sudah menolak tawaran 114 juta pound sterling daripada Real Madrid dan pemilik kelab itu yang merupakan bilionair Rusia, Dmitry Rybolovlev menegaskan wang bukan menjadi ukuran tetapi beliau mahu mengekalkan bakat muda di kelab tersebut. - MIRROR

Tags / Kata Kunci: Kylian Mbappe

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan