Nilai Keita Buat Liverpool

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 4:07 PM

(Ubah saiz teks)

KELAB Jerman, RB Leipzig sedia menjual pemainnya kepada Liverpool dengan syarat yuran perpindahan yang ditetapkan mereka dipenuhi.

Naby Keita menjadi sasaran utama Jurgen Klopp selepas prestasi berkualiti pemain tengah itu dalam kempen Bundesliga sepanjang musim lalu dengan menjaringkan lapan gol dan mencipta tujuh gol walaupun hanya tampil dalam 29 perlawanan.

Kualiti yang dimiliki Keita membantu Leipzig melayakkan diri ke Liga Juara-Juara pada musim depan selepas menamatkan saingan di tempat kedua di belakang juara, Bayern Munich.

Kini pemain berusia 22 tahun itu menjadi buruan Klopp tetapi Leipzig meletakkan harga sebanyak 70.4 juta pound sterling jika Liverpool serius mahu mendapatkannya.

Sekiranya direalisasikan, Keita menjadi pemain termahal Liverpool selepas Klopp memecahkan rekod perpindahan Andy Carroll yang bernilai 35 juta pound sterling apabila membawa masuk pemain Mesir, Mohammad Salah dengan harga 39 juta pound sterling.

Harga 70.4 juta pound sterling itu mungkin menyebabkan Liverpool terpaksa melupakan Keita tetapi kelab Inggeris itu dilapor mahu meneruskan rundingan bagi mengurangkan nilai tersebut. - METRO.uk

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Naby Keita

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan