Perjanjian Biru Ke Merah Semakin Hampir

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 2:59 PM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United akhirnya dilapor bersetuju dengan yuran perpindahan dan syarat yang ditetapkan Chelsea bagi membawa masuk pemain tengah kelab London itu ke Old Trafford.

Red Devils setakat ini hanya membeli pemain pertahanan dari Benfica, Victor Lindelof untuk menguatkan bahagian pertahanan walaupun bos kelab itu, Jose Mourinho dijangka membawa lebih ramai pemain bagi menghadapi musim baharu.

Kini tumpuan mula beralih ke arah perpindahan Nemanja Matic yang mahu bergabung kembali dengan bos lamanya di Chelsea, apatah lagi The Blues sudah menemukan pengganti yang sesuai iaiatu Tiemoue Bakayoko.

United dan Chelsea mencapai persetujuan perpindahan itu dan pemain Serbia terbabit ditawarkan gaji sebanyak 150,000 pound seminggu dengan harapan menggantikan tempat Michael Carrick yang semakin dimamah usia.

Sekiranya perpindahan itu direalisasikan, Tottenham Hotspur menjadi pihak paling gembira apabila pemain kesayangan mereka, Eric Dier terselamat menjadi buruan Mourinho yang sebelum ini berminat mendapatkan khidmat pemain tengah England itu. - METRO.uk


Tags / Kata Kunci: Manchester United , Chelsea

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan