'Maaf, Bukan Untuk Dijual'

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 4:26 PM

(Ubah saiz teks)

HASRAT Jose Mourinho mendapatkan penyerang berbisa Liga Perdana Inggeris mungkin tidak kesampaian walaupun sedia memecahkan rekod perpindahan dunia.

Bos Manchester United itu dilaporkan mahu mendapatkan khidmat penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane berbanding membawa pulang bekas bintang Red Devils, Cristiano Ronaldo yang dikatakan mahu meninggalkan Real Madrid.

Namun Spurs tidak berhasrat melepaskan penyerang mudanya itu ke United walaupun dibayar dengan harga sehingga 100 juta pound sterling, sekali gus memecah rekod pemain termahal dunia, Paul Pogba yang bernilai 89 juta pound sterling.

Laporan media tempatan pada Ahad menyebut bahawa Mourinho menggesa timbalan pengerusi eksekutif, Ed Woodward untuk membeli Kane tetapi berita berkenaan mengundang kelucuan kepada pihak pengurusan Spurs.

Difahamkan Pengerusi Spurs, Daniel Levy memiliki reputasi yang menyukarkan rundingan penjualan pemain, sekali gus memberi bayangan bahawa kelab London itu tidak akan melepaskan Kane.

Malah harga untuk Kane sepatutnya lebih tinggi berbanding 100 juta pound sterling dan mungkin mencecah sehingga 200 juta pound sterling jika United serius mahu mendapatkannya. - INDEPENDENT.uk

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Harry Kane

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan