Lukaku Selangkah Ke Chelsea

Diterbitkan: Ahad, 25 Jun 2017 7:01 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Everton, Romelu Lukaku memberi bayangan awal bahawa beliau semakin hampir menyertai bekas kelabnya, Chelsea pada jendela perpindahan pemain musim panas ini.

Lukaku sering dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge beberapa bulan lalu selepas meninggalkan Chelsea pada 2014.

Laporan media tempatan mendakwa Lukaku sudah bersetuju syarat peribadi mengenai perpindahan ke Chelsea tetapi kedua-dua kelab itu masih belum memuktamadkan mengenai bayaran perpindahan tersebut.

Namun ramai penyokong Chelsea kini yakin bahawa Lukaku akhirnya akan kembali menyarung jersi The Blues.

Ini susulan video yang dimuatnaik dalam laman Instagram Lukaku @rlukaku9 pada Sabtu.

Lukaku kini sedang bercuti di Los Angeles.

Dia dirakam menjaringkan sepakan percuma di hadapan ‘hoarding’ yang dihiasi dengan logo Chelsea.

Rata-rata penyokong tersentuh dengan video tersebut.

Ada di kalangan penyokong yang turut mengumumkan Lukaku hanya selangkah untuk ke Chelsea menerusi laman Twitter mereka.

Seteru Chelsea, Manchester United dilaporkan sudah berputus asa untuk mendapatkan khidmat Lukaku yang sebelum ini berada dalam radar pengendalinya, Jose Mourinho.

Tags / Kata Kunci: Romelu Lukaku , Chelsea

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan