Ini Jawapan Fabinho Tentang Nombor Jersi Di Old Trafford

Diterbitkan: Ahad, 25 Jun 2017 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah AS Monaco, Fabinho ditanya sekali lagi tentang prospek untuk menyertai Manchester United dan nombor jersi yang bakal disarungnya di Old Trafford.

Pemain berusia 23 tahun itu hangat diperkatakan akan menyertai United apabila memainkan watak penting memacu Monaco sepanjang kempen Ligue 1.

Malah peranannya ketika menyingkirkan Manchester City pada pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara, memikat banyak kelab termasuk United.

Dia pernah beraksi di bawah Jose Mourinho di Real Madrid dan dikhabarkan mahu kembali bergandingan dengan pengurus kelahiran Portugal itu di Old Trafford.

Ketika diwawancara oleh ESPN Brazil, Fabinho ditanya tentang masa depannya untuk menyertai United dan pilihan nombor jersi bersama Red Devils.

"Buat masa ini, saya masih memakai jersi Monaco.

"Pelawaan menyertai United memang menarik tetapi saya perlu berbincangan dengan ejen dan kelab untuk membuat keputusan.

"Ia (United) merupakan kelab yang hebat dan pasti saya akan memikirkan tentangnya," kata Fabinho, enggan mengulas lanjut tentang nombor jersi yang mahu disarungnya. - MANCHESTER EVENING NEWS

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan