Rambut Baru Neymar Selepas Putus Cinta

Diterbitkan: Jumaat, 23 Jun 2017 10:26 PM

(Ubah saiz teks)

IMEJ bintang bola sepak, Neymar (gambar) mencuri tumpuan peminat selepas tampil dengan gaya rambut ala-romeo setelah putus cinta baru-baru ini.

Bintang Barcelona membuat penampilan pada acara lelongan amal pada Khamis malam di Institut Neymar Jr, Sao Paolo.

Lelongan tersebut adalah bagi mencari dana buat yayasan penyerang itu dalam membantu kanak-kanak yang memerlukan di negara kelahirannya, Brazil.

Pada majlis itu, Neymar menunjukkan gaya rambut kerinting yang berbeza dengan gaya rambut sebelum ini.

Neymar memberitahu wartawan bahawa dia sudah berpisah dengan teman wanitanya yang merupakan seorang pelakon, Bruna Marquezine.

Katanya: "Saya tak mahu bercakap hal peribadi, tapi benar kami sudah berpisah. Ini adalah keputusan kedua-dua pihak."

"Saya amat mengagumi Bruna dan saya berharap dia gembira. Hidup perlu diteruskan kerana semua ini sebahagian daripadanya. Kami akhiri hubungan sebagai kawan baik." - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Neymar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan