Mourinho Terima Panggilan Mengejutkan

Diterbitkan: Jumaat, 23 Jun 2017 4:15 PM

(Ubah saiz teks)

BOS Manchester United, Jose Mourinho dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang pemainnya yang menyuarakan hasrat untuk berpindah ke kelab lain.

Pertahanan United, Matteo Darmian difahamkan meminta kebenaran Mourinho untuk berpindah ke kelab gergasi Itali, Juventus pada musim perpindahan ini.

Ini ekoran Juventus dikatakan mahu mencari pemain pertahanan bagi menggantikan Dani Alves yang semakin hampir menyertai Manchester City.

Darmian, bekas bintang Serie A bersama Torino, dikatakan menjadi sasaran utama finalis Liga Juara-Juara itu selepas pemain beruisa 27 tahun tersebut dipercayai kurang gembira di Old Trafford.

Matteo Darmian

Darmian hanya bermain 15 perlawanan Liga Perdana Inggeris di bawah Mourinho tetapi beraksi cemerlang ketika membantu United menjulang trofi Liga Europa pada bulan lalu.

Mourinho dikatakan berpuas hati dengan kebangkitan semula prestasi pemain kebangsaan Itali itu, sekali gus mahu mengekalkan di Old Trafford pada musim depan.

Namun The Sun melaporkan, Darmian menghubungi Mourinho untuk berpindah ke Juventus kerana mahu lebih banyak aksi bagi menempah kedudukan dalam skuad  Itali menjelang Piala Dunia pada tahun depan. - Metro.uk

Tags / Kata Kunci: Matteo Darmian

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan