Cara Unik Liverpool Umum Kemasukan Salah

Diterbitkan: Jumaat, 23 Jun 2017 7:21 AM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL secara rasmi melengkapkan pembelian Mohamed Salah ke Anfield dengan kesepakatan gaji £90 ribu seminggu.

Salah, bintang AS Roma bakal mempertajamkan barisan hadapan pasukan dari Itali itu.

Pemain antarabangsa Mesir ini menandatangani kontrak lima musim di Anfield.

Pada Khamis dia lulus ujian kesihatan, seterusnya melengkapkan perpindahan ke Anfield.

Liverpool mengumumkan kemasukan Salah dengan cara unik melalui sebuah video yang dimuat naik di Twitter.

Video itu menunjukkan seseorang sedang memeriksa akaun Twitter, yang mana terdapat tweet 'Announce Salah'. Tidak lama kemudian Salah muncul sambil melambai tangan dan berkata 'Salah Announced'.

Perpindahan Salah ke Liverpool menelan kos mencecah £35 juta, termasuk bonus yang mampu mencapai £39 juta.

Nilai ini memecahkan rekod pembelian Liverpool yang sebelum ini dipegang oleh Andy Carroll dari Newcastle United bernilai £35 juta, pada Januari 2011.

Salah akan menerima gaji sekitar £90 ribu seminggu dan akan menyarung jersi nombor 11 milik Roberto Firmino, yang akan memakai jersi nombor 9.

Ini bukan kali pertama Liverpool mendekati Salah. Pada 2014, mereka berusaha mendapatkannya dari Basel, tapi Chelsea lebih bernasib baik.

Salah ke Stamford Bridge dengan nilai £12 juta dan dipinjamkan ke Fiorentina dan Roma. Salah kemudian menyepakati kontrak bersama Roma.

Tags / Kata Kunci: Mohamed Salah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan