Ronaldo OK Bayar €14.7 Juta

Diterbitkan: Khamis, 22 Jun 2017 7:21 AM

Cristiano Ronaldo. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo akan membayar sebanyak €14.7 juta kepada pihak berkuasa cukai Sepanyol, menurut laporan Televisión Española (TVE).

Pendakwa Sepanyol telah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap pemain itu atas tuduhan dia menipu pihak berkuasa cukai sebanyak €14.7 juta dengan menyembunyikan pendapatan hak gambarnya antara 2011 dan 2014.

Tuduhan tersebut bagaimanapun dinafikan pemain Real Madrid ini.

Menurut TVE, Ronaldo, 32, memutuskan untuk membayar jumlah itu sebagai isyarat muhibah.

Walaupun bersedia untuk membayarnya, Ronaldo terus menyangkal sebarang salah laku dan akan terus membuktikan dia tidak bersalah, tambah laporan tersebut.

Ronaldo, penjaring gol terbanyak Portugal, adalah pemain bola sepak terbaru di Sepanyol yang dituduh dalam kes cukai selepas Lionel Messi dan Neymar.

Ronaldo telah melengkapkan lapan musim di Real Madrid sejak menyertai kelab itu dari Manchester United pada tahun 2009 dengan bayaran rekod dunia sebanyak 96 juta euro.

Pada masa itu, mereka telah memenangi Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali dan La Liga dua kali. Pada November, dia bersetuju untuk melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2021.

Dia baru sahaja membantu pasukan kebangsaan memenagi perlawanan Piala Konfederasi menentang Rusia.

Tags / Kata Kunci: Ronaldo , cukai

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan