Lionel Messi Mahu Pindah Ke City

Diterbitkan: Khamis, 22 Jun 2017 8:02 AM

Lionel Messi

(Ubah saiz teks)

LIONEL Messi memberitahu Barcelona pada musim panas lalu bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu untuk menyertai Manchester City.

Messi bagaimanapun telah sebelum mengubah fikirannya, menurut laporan di Sepanyol.

Menurut El Mundo Deportivo, pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu memberitahu kelabnya tentang hasratnya pada minggu yang sama ketika dia mengumumkan hasrat mahu bersara dari tugas antarabangsa dengan Argentina pada musim panas 2016.

Messi terlepas sepakan penalti untuk negaranya ketika menentang Chile di final Copa America sebelum dihukum kerana penipuan cukai, sepuluh hari kemudian.

Laporan itu menyatakan Luis Suarez telah memujuknya untuk kekal di Camp Nou sementara klausa pelepasannya sebanyak €250 juta turut menjadi faktor langkah itu tidak mungkin jadi kenyataan, dengan City hanya bersedia menawarkan €150 juta.

Pep Guardiola, bekas jurulatih Messi di Barca, mula mengendalikan City musim panas lalu dan telah dikaitkan dengan beberapa pemain bintang di Barcelona.

Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , Pep Guardiola

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan