Ibrahimovic Ke Los Angeles?

Diterbitkan: Khamis, 22 Jun 2017 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

SYARIKAT pakaian Zlatan Ibrahimovic, A-Z Sportswear memberi bayangan bahawa bintang Sweden itu akan menyertai sebuah kelab di Amerika Syarikat sebaik sahaja kembali cergas.

Pemain berusia 35 tahun itu kini tidak terikat dengan mana-mana ejen selepas dilepaskan Manchester United.

Namun dia masih berlatih di Carrington dan pada masa sama dalam proses memulihkan kecederaan ligamennya.

Pada Rabu, A-Z Sportswear di laman Twitter mereka berkongsi sekeping gambar Ibrahimovic menyarung jersi dengan warna pasukan Galaxy berserta slogan: "Selamat datang ke Los Angeles."

Mesej itu bermaksud, sudah tentu jenama itu kini dijual di Amerika Syarikat tetapi ramai percaya ia petanda Ibrahimovic akan beraksi di pentas Major Soccer League.

Ibrahimovic mempamerkan prestasi mengagumkan bersama Manchester United dengan menjaringkan 28 gol daripada 46 penampilannya sekali gus mencatat rekod selaku penjaring terbanyak kelab itu.

Dia bergelut dengan kecederaan ligamen yang diperolehi ketika aksi suku akhir menentang Anderlecht.

Buat masa ini, Ibrahimovic sedang mencari destinasi baharu untuk mengembangkan kariernya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan