PAFA Lantik Pengurus, Setiausaha Kehormat Baharu

Diterbitkan: Khamis, 22 Jun 2017 6:44 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengumumkan pelantikan Ahmad Shahrul Azhar Sofian sebagai pengurus dan setiausaha kehormat baharu pasukan berkenaan, berkuat kuasa 1 Julai depan.

Pelantikan itu adalah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas pengurus, Datuk Jamal Mohd Aris sejak 11 Mei lepas.

Presiden PAFA Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata Ahmad Shahrul, 43, dilantik berdasarkan pengalaman luasnya selama 13 tahun dalam arena bola sepak tanah air.

"Ahmad Shahrul adalah bekas ketua pasukan Perak era 2000 hingga 2008 selain merupakan tonggak yang mengetuai pasukan Malaysia pada Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan.

"Selain itu, beliau merupakan Penolong Pengurus Perak pada 2013, dan setahun kemudian dilantik sebagai Ketua Jurulatih pasukan Negeri Sembilan Bawah 21 dan terkini Penolong Ketua Jurulatih skuad Liga Super Felda United FC," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan PAFA pada Khamis.

Abdul Puhat berkata beliau berkeyakinan penuh dengan kredibiliti dan kemampuan Ahmad Shahrul untuk meningkatkan serta meneruskan kecemerlangan bola sepak Perak.

Selain itu, beliau berkata PAFA turut merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Felda United FC kerana memberi kerjasama melepaskan Ahmad Shahrul untuk menabur bakti di negeri kelahirannya.

"Kita juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jamal di atas khidmat bakti sebagai Setiausaha Kehormat PAFA dan Pengurus The Bos Gaurus sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Ahmad Shahrul mengesahkan pelantikannya selaku pengurus baharu skuad The Bos Gaurus berkuat kuasa 1 Julai depan.

Beliau berkata PAFA telah mengemukakan tawaran itu lebih sebulan lalu dan ia hanya dipersetujui selepas meneliti semua aspek berkaitan bola sepak Perak.

"Dalam masa lebih sebulan itu saya berfikir dan teliti apa sebenarnya hala tuju yang dimahukan pihak PAFA sama ada dalam jangka pendek atau panjang.

"Saya juga kena buat penilaian dengan siapa saya nak bekerja dan adakah orang yang bekerja dengan saya itu boleh bekerjasama dengan saya," katanya.

Mengulas mengenai sasaran yang ditetapkan PAFA, beliau berkata tiada sebarang pencapaian khusus ditetapkan selain ia lebih terarah kepada usaha memperbaiki struktur pentadbiran ke arah lebih baik.

"Saya sebagai pengurus hanya diberi tanggungjawab untuk mengurus hal berkaitan pentadbiran dan kebajikan pemain.

"Kalau nak ulas mengenai permainan, taktikal atau prestasi pemain, ia masih lagi di bawah kuasa penuh Mehmet Durakovic selaku ketua jurulatih dan saya tak boleh kacau perkara itu sama sekali," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Shahrul yang pernah mendakap Piala Malaysia bersama Perak pada 2000, turut merakamkan setinggi penghargaan kepada PAFA kerana memberi peluang kepadanya untuk membantu pasukan The Bos Gaurus.

"Saya akan buat yang terbaik demi pasukan selain berharap semua pihak turut bersama membantu dalam merealisasikan harapan PAFA untuk meningkatkan lagi kualiti bola sepak negeri," katanya.- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PAFA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan