Di Maria Didenda RM9.59 Juta, Dipenjara Setahun

Diterbitkan: Rabu, 21 Jun 2017 9:19 PM

(Ubah saiz teks)

ANGEL Di Maria (gambar) telah dijatuhkan hukuman penjara selama setahun dan didenda sebanyak 1.76 juta pound sterling (RM9.59 juta) selepas mengakui melakukan penipuan cukai.

Bekas pemain sayap Manchester United itu mengakui melakukan dua penipuan berasingan yang masing-masing membawa hukuman enam bulan penjara.

Kini, Di Maria didapati bersalah menipu kerajaan Sepanyol berjumlah 1.14 juta pound sterling (RM6.21 juta) ketika beliau bermain untuk Real Madrid antara tahun 2010 dan 2014.

Bagaimanapun, pemain berusia 29 tahun itu tidak mungkin menghabiskan masa di belakang tirai besi. Di Sepanyol, hukuman penjara bawah dua tahun sering digantung jika orang yang disabitkan kesalahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Argentine sebelum itu membuat perjanjian dengan pihak berkuasa untuk mengelakkan perbicaraan di Mahkamah Agung Sepanyol.

Tahun lalu, Lionel Messi didapati bersalah melakukan penipuan cukai bersama bapanya dan walaupun bintang Barcelona itu dijatuhi hukuman 21 bulan penjara, dia tidak menjalani hukuman itu kerana hukuman tersebut digantung.


Messi juga pernah didakwa atas kesalahan melakukan penipuan cukai.

Sementara itu, Jose Mourinho telah menentang pihak berkuasa cukai Sepanyol dengan menyatakan bahawa dia telah membayar lebih daripada 26 juta euro (RM124 juta) antara tahun 2010 hingga 2013. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Angel Di Maria , Lionel Messi , Jose Mourinho

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan