Chelsea Bakal Meterai Caballero

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 7:41 AM

Willy Caballero. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

CHELSEA berharap untuk mengesahkan perjanjian bersama pemain Machester City, Willy Caballero dalam beberapa hari lagi.

Pemain kelahiran Argentina itu yang dilepaskan Manchester City, telah bersetuju denagn terma dan difahamkan perlu menjalani pemeriksaan perubatan bagi menggantikan Asmir Begovic.

Pemain berusia 35 tahun itu juga mendapat perhatian dari Newcastle United dan Boca Juniors di Argentina.

Manchester City juga telah menandatangani perjanjian bersama penjaga gol, Ederson dari Benfica dengan kontrak bernilai £35 juta (RM190.62 juta) bagi mendahului Claudio Bravo dan memegang jersi nombor satu. - Mail Online

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan