VAR 'Projek Separa Matang', Tangguh Dahulu - Subkhiddin

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 12:36 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhasrat untuk menangguhkan pelaksanaan sistem video bantuan pengadil (VAR) seperti yang dirancang seawal hujung tahun ini iaitu pada perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum dilaksanakan secara berperingkat dalam Liga Malaysia (Liga M) pada 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh berkata, penangguhan itu dibuat berdasarkan beberapa perkara yang belum menyakinkan seperti yang dibincangkan pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Pengadil FAM bagi penggal 2017-2021 pada petang Isnin di Wisma FAM.

Antaranya kata beliau, VAR masih lagi dalam proses eksperimen sejak dari awal tahun 2017 dan semua negara yang terlibat masih lagi dalam proses penyesuaian, di mana semua laporan berkaitan perlaksanaannya diserahkan kepada Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) untuk diselaraskan penambahbaikannya pada masa hadapan.

Tambah beliau lagi, jawatankuasa juga mengkaji beberapa siri kelemahan VAR yang berlaku sepanjang eksperimen ini dilakukan seperti di Hyundai A-League Australia dan yang terkini di kejohanan Piala Dunia FIFA Bawah 20 Tahun Republik Korea 2017.

"VAR dijangka digunakan sepenuhnya dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 Russia dan segala keputusan berkaitan keberkesanan VAR hanya akan diperolehi selepas daripada kejohanan terbesar ini.

"Untuk itu, adalah sangat bersesuaian supaya hasil daripada laporan yang bakal disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal FIFA selepas daripada kejohanan ini dapat dijadikan panduan kepada semua negara anggota termasuk Malaysia untuk memutuskan keberkesanan VAR dalam saingan Liga M," kata beliau.

Sehubungan itu, Subkhiddin membuat kesimpulan bahawa jawatankuasa berpendapat VAR masih lagi ‘projek yang separa matang’ dari sudut keberkesanannya dan tidak sesuai sama sekali untuk menjadikan Liga-M musim 2018 sebagai bahan kajian yang memungkinkan lebih banyak salah faham dalam pengurusan bola sepak negara.

"Oleh itu adalah lebih wajar untuk FAM menunggu sehingga VAR benar-benar menepati keperluan dan dinyatakan secara jelas dalam “Laws of The Game 2018-2019.

"Jawatankuasa Pengadil FAM juga sudah sebulat suara mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada Tunku Presiden supaya menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan VAR dalam saingan Liga-M bagi musim 2018," kata beliau.

Program pelaksanaan sistem VAR merupakan inisiatif Presiden baharu FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas beliau mengambil-alih kerusi panas itu pada 25 Mac lalu.

Malah Tunku Ismail mahu kajian dan penelitian segera perlu dilaksanakan bagi memperbaiki integriti dan prestasi pengadil dalam Liga M.

Pada 12 April lalu, syarikat Hawk-Eye, iaitu sebuah daripada syarikat pembekal VAR yang telah dikenalpasti oleh IFAB, dijemput ke Malaysia untuk memperkenalkan teknologi itu kepada FAM.

Tags / Kata Kunci: VAR , Sukbkhiddin Mohd Salleh

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan