United Sanggup Belanja Hampir RM1 Bilion, Lepas De Gea - Bola Sepak | mStar

United Sanggup Belanja Hampir RM1 Bilion, Lepas De Gea

Diterbitkan: Isnin, 19 Jun 2017 9:49 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER UNITED dilapor semakin serius untuk mendapatkan bekas bintang mereka apabila sedia berbelanja sebanyak 175 juta pound sterling (RM955 juta) termasuk melepaskan penjaga gol utama, David de Gea.

United sedia menjadikan De Gea sebagai penjaga gol termahal di dunia demi membawa pulang bintang Portugis, Cristiano Ronaldo ke Old Trafford dari Real Madrid.

Pemain berusia 32 tahun itu mencetuskan krisis terbaharu di Bernebeu apabila dia serius mahu meninggalkan kelab gergasi Sepanyol tersebut selepas dituduh melakukan penipuan cukai sebanyak 13 juta pound (RM70 juta).

Presiden Madrid, Florentino Perez akan mengeluarkan kenyataan umum pada Isnin manakala ketua jurulatih, Zinedine Zidane sudah menghubungi Ronaldo untuk mendapatkan kepastian bahawa pemain itu mahu kekal di Sepanyol.

Walaupun terdapat minat dari kelab China, Ronaldo dipercayai mahu kekal di Eropah dan United mungkin perlu berdepan saingan daripada kelab Perancis, PSG yang memiliki kewangan kukuh.

Ronaldo menjaringkan 55 gol untuk kelab dan negaranya pada musim lalu, sekali gus membantu Real Madrid menjuarai La Liga dan Liga Juara-Juara buat kali ketiga dalam tempoh empat musim. - The Sun.uk

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Cristiano Ronaldo
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan